MATLAMAT PENUBUHAN IPTG
Melestarikan pembangunan negeri dan rakyat Kelantan berpaksikan Islam melalui pengembangan pemikiran Tan Sri Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
PENUBUHAN IPTG
Idea penubuhan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) dicetuskan oleh mantan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob pada tahun 2013.
Beliau ingin melestarikan pemikiran dan legasi yang berharga milik Tan Sri Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat agar terus disuntikkan ke dalam jentera Kerajaan negeri berasaskan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) serta berprinsipkan ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI).
SEJARAH PENUBUHAN IPTG
Sejarah penubuhan IPTG: Ilham Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob sejak 2013 untuk meneruskan legasi pemikiran Tok Guru dalam pentadbiran negeri.
VISI
Menjadi sebuah institusi terulung dalam mengabadikan legasi Kepimpinan Ulamak dan Kepakaran Teknokrat bagi mengukuh dan mengembang Dasar Membangun Bersama Islam (MBI).
MISI
Merealisasi PENYELIDIKAN, PENGEMBANGAN, PEMBINAAN MODUL dan LATIHAN bagi pentadbiran dan pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan serta pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam mengikut fasa-fasanya.
OBJEKTIF