Tuhan tak letak agama atas gunung, tapi atas manusia.

 


"Tuhan tak letak agama atas gunung, tapi atas manusia."
Pernah saya dengar satu tazkirah Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang sampai hari ini masih terngiang-ngiang dalam kepala.
Katanya...
“Bumi ni tempat duduk manusia. Dan manusia pula tempat duduk agama.”
Agama ni Allah turunkan dari langit. Tapi bukan Dia letak atas bukit, atas kayu, atas haiwan. Dia letak atas manusia.
Sebab itu manusia disebut mukallaf makhluk yang dibebani.
Bukan beban sebarang beban, tapi beban amanah dari Tuhan.
Disuruh buat apa yang berat bagi nafsu,
Disuruh tinggal apa yang sedap bagi nafsu.
Sebab itulah agama ni bukan untuk ikut suka, tapi untuk menjaga jiwa.
Agama datang bukan nak menyusahkan manusia,
tapi nak selamatkan manusia dari menyusahkan diri sendiri.
Jangan letak agama di rak, jangan biar ia duduk di bibir saja.
Letakkan dalam hati, dalam langkah, dan dalam seluruh hidup kita.
Kita bukan dicipta untuk bebas ikut rasa.
Kita dicipta untuk tunduk kepada Yang Esa.

 

Copyright © Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG). Semua Hak Terpelihara.
Dibangunkan oleh Komunikasi Korporat IPTG | Diurus oleh Unit Pengembangan